Tuesday, 15 October 2013

Kembara Hunain


Kenapa perlu kukisahkan tentang hunain
Tetapi bukan Hittin zaman salahuddin
Sebuh kampung kecil di Palestin
Arakian hunain pada zaman nabi kita
Mungkin  kamu tahu tapi kamu alpa

Tahukah kamu apakah itu perang Hunain?
Sang penulis telah safir ke lembah Hunain
Tidak pernah terlintas dek akal mahupun badan
Tetapi melalui ruh aku tiba
Hakikatnya aku bermimpi semata

Sa-ribu ib’rah untuk dijadikan sempadan
Moga hati kita bertambah iman
Tidak sesempit selat Tiran
Pedulilah tentang saudara muslim kita
Terutamanya di Palestin dan seantereo dunia

Kisahnya bermula di padang sahara
Sebelumnya fathul Mekah oleh baginda
Selepas Hunain pula Taif bergempita
Begitulah sirah baginda sudah ketentuanNya

Kita renung al-furqan
Surah ali Imran ayat sa-ratus enam puluh wahai mukmin
Allah jualah tempat meminta pertolongan
Aduh, aku kaget melihat musuh bersenjata

Kawanku segera berpangku berwajah durja
Galau resah bertandang  dalam hatinya
Tenanglah duhai jiwa
Ikhlaslah dan yakin janjiNya
Wahai syuhada’ yang tetap hidup di sisiNya.

Tadabburlah at-taubah ayat dua puluh lima
Bongkak menguasai rasa
Lantaran jumlah kita yang 12,000 tentera
Antaranya berbaju besi lengkap bukan suasa
Tiba-tiba lari mencari perlindungan
Dek hujan panah musuh sebagai kejutan
Bersorak riang para munafik talam dua muka

Baginda tidak sendirian
Abbas melaung khabar busyra
Nabi di sini, kalian di mana?
Terus tentera tauhid  mara
Tanpa gentar ke medan semula

Para badwi Thaqif dan Hawazin
Autas, Nakhlah dan benteng Taif tujuannya
Mereka lari bertempiaran
Tertinggal tentera yang malang, kaum wanita dan harta
Sungguh tentera tauhid penuh disiplin
Kemenangan akhirnya milik mereka
Sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik penolong.

Rujukan:

Abu Mus’ad al-Husny. (2003) Sejarah Lengkap Nabi Muhammad s.a.w. Selangor: Pustaka Ilmi.

Prof. Dr. Yusuf al Qaradhawi. (2012) Pemuda Islam Yang Dijanjikan. Kuala Lumpur: Jundi Resources.

Syeikh Muhammad Ali ash-Shabuni. (1996) Sejarah dan Dasar Pengajian Ilmu al-Quran. Kuala Lumpur: Al- Hidayah Publisher.